Friday, November 23, 2012

Jadam - Baik Untuk Paru-Paru

Setelah lama tidak membuat semakan tentang jadam, hari ini ada sedikit kelapangan dan saya terjumpa satu lagi manfaat jadam. Sila klik gambar di bawah dan baca petikan tersebut.


Untuk lebih jelas lagi, saya turunkan semula petikan tersebut:

"Jadam juga menjadi pelawas yang sangat baik disamping melancarkan perjalanan darah. Jika jadam di minum pada seminggu sekali ia akan mengurangi lendir di paru-paru. Ini akan menyebabkan penafasan menjadi lancar dan suara juga bertenaga. Selain daripada itu kegunaan jadam sama seperti alovera di mana ia sangat baik untuk ibu yang bersalin. Kadang-kadang jadam boleh menjadi julab (laxatif) bagi sembelit yang kronik. Jadam juga menerangkan mata.
Sumber : jawimedherb"