Saturday, January 14, 2017

Herba Shilajit

Apa itu Shilajit?



Shilajit adalah sejenis herba untuk pengubatan dan kesihatan tubuh. Shilajit merupakan rembesan cecair dari lapisan batu di gunung Nepal dan juga gunung-gunung Himalaya lain. Ia merangkumi humus dan tumbuhan organik yang telah dimampatkan oleh lapisan batu. Humus terbentuk apabila mikroorganisme tanah melarutkan binatang dan tumbuhan ke dalam elemen yang sesuai digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan adalah sumber makanan kita manakala humus adalah sejenis makanan tumbuhan. Berbanding dengan humus tanah yang lain, humus Shilajit mengandungi 60-80% gumpalan organik.

Apakah Khasiatnya?

Shilajit telah sejak lama digunakan untuk pengubatan diabetes dalam ubat-ubatan Ayurveda. Shilajit disebut juga sebagai “Asphaltum” (Bahasa latin). Ia melawan diabetes dan mengatur tingkatan gula darah. Shilajit bermanfaat untuk penguat tubuh, mempertahankan kemudaan dan meningkatkan libido, penyembuhan luka, memperlancar jalan kencing, penyembuhan tulang, dll.

Jadi, apakah maknanya shilajit dalam bahasa kita? Admin pernah dengar orang tua-tua bercakap mengenai getah mior yang juga disebut 'daging' oleh orang Kelantan.

Benarkah? Tunggu admin buat research dulu.