Kenapa Makan Jadam?
Hari ni mama puasa. Semua orang tak lunch. Abah makan macam-macam makanan ringan. Tengahari Along, Angah dan Adik keluar beli barang. Harap polis tak tahan keluar 3 orang satu kereta. Maklumlah sedang 'PKP'.
"Hai, semua sekali keluar?" tanya abah.
"Angah kata dia nak pos Jadam." jawab Along
"Kata dah habis stok, dah restock ke?" tanya abah lagi.
"Dah." jawab Angah.
Petang tadi menu nasi lemak. Along dan Angah jadi chef. Abah tah sabar nak makan. Ada sambal sotong, ada sambal ikan. Ada timun.
Elok siap saja masak, abah terus makan. Nasi lemak dengan sambal ikan. Teringin juga sambal sotong tapi tahan nafsu makan sebab takut kolesterol tinggi. Takut juga gout. Bukan apa, berjaga sebelum kena. Anak-anak pun larang. Jaga kesihatan kata mereka.
Kebetulan tengahari tadi sambal kentang yang Along order online sampai. Makan dengan nasi lemak jadi lagi sedap.
Sampai waktu berbuka puasa, abah tumpang makan lagi sekali. Dua kali kenyang. Dalam hati kata, "sesekali tak mengapa..." Alasan....
Abah: Abah makan banyak hari ni, kena telan jadam sebiji malam ni.
Angah: Cuba abah cakap, kenapa makan jadam, abah?
Abah: Senang, makan banyak buang banyak. Rasa perut kempis.
Angah sengaja bergurau tanya soalan tadi. Dia memang jual Jadam online. Memang dia tahu abah memang amal makan jadam dah lama. Kalau makan banyak hari tu, malam telan jadam sebiji.
Lepas waktu maghrib tadi, jiran sebelah hantar bubur pulak. Memang favourite abah. Makan lagi....
Pasti! Mesti makan jadam malam ni.
Kenapa makan jadam?