Tuesday, January 14, 2014

Penawar Buasir - Jadam Arab?

Adakah jadam arab penawar buasir? Wallaha'lam! Tapi saya terjumpa satu lamam blog dari Indonesia tentang maklumat berkenaan. Bolehlah lawat blog berikut:


Berhenti Merokok - Masalah buang air besar



Rakan sekerja, Azam mengadu masalah sukar buang air besar. Saya tanya kenapa. Dia kata, berhenti merokok. Saya terus cadangkan ambil Jadam Arab. Lepas 3 hari, Azam bagi tahu dah ok. Masalah dah selesai. Azam sendiri buat kesimpulan:

"JADAM ARAB SEIMBANGKAN PEMAKANAN YANG SAYA AMBIL. MAKANAN YANG TAK DIPERLUKAN OLEH SISTEM BADAN AKAN DIBUANG MELALUI PEMBUANGAN AIR BESAR"

Friday, November 29, 2013

Jadam Penawar Hyperhidrosis?

Saudara Azmeer, sorang pembaca blog ini telah menghubungi saya. Katanya pakcik dia suruh cari jadam untuk penawar hyperhidrosis yang dihidapi Azmeer. Ini info baru bagi saya. Pakciknya mungkin seorang yang berpengalaman tentang jadam. Kita tunggu apa kesannya nanti. Harap saudara Azmeer boleh update info setelah ambil jadam ni.

Hyperhidrosis - perpeluhan melampau, sampai basah tapak tangan
Terlampau? - Gambar hiasan...

Rahsia Jadam Arab


Seorang pembaca blog ini telah hubungi saya melalui e-mail nak tahu tentang bahan-bahan yang terkandung dalam Jadam Arab ni. Saya tak dapat nak jawab serta-merta kerana tak tahu. Saya cuma jual kerana barang ni baik. Ramai pelanggan yang ulang belian. Saya juga ambil jadam ni berkala.

Dalam waktu yang terhad, saya cuba juga search dalam internet kalau-kalau ada maklumat. Hasilnya bolehlah tuan/puan klik link di bawah. Harap membantu.

Murhabshi
http://morhabshi.com/v1/index.php/khasiat-morhabshi

Getah mior
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=194457

Bunga mukmin
http://khazanahpurba.blogspot.com/2012/01/bunga-mukmin-ratu-pari-coming-soon.html

Pokok kasturi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kasturi

Chandan
http://jahaniwalit.wordpress.com/2010/07/12/cabaran-dalam-penanaman-gaharu-di-malaysia/
http://jahaniwalit.wordpress.com/page/11/

Wednesday, October 23, 2013

Atasi Sembelit Kronik

Miss N dari Penang mengalami masalah sembelit yang kronik. Pagi tadi saya terima panggilan dari Miss N. Selepas 5 hari ambil jadam, pagi tadi colapse. Terbuang air besar berulang kali (flushing le tu). Saya katakan bahawa perkara ini adalah normal. Bezanya, saya menerima kesannya selepas sehari sahaja ambil. Kesimpulannya, lain orang lainlah masa untuk dia memberi kesan. Mengikut sistem badan masing-masing. Ada juga pelanggan saya yang memberi feedback yang dia tak rasa kesan apa-apa pun. Ini mungkin jadam tak serasi dengan anda. Ini Tuhan punya kuasa. Mungkin kena cari ubat lain.

Nasihat saya kepada Miss N, kalau dah colapse, stoplah dulu ambil jadam. Nanti bila- bila diperlukan, sambung semula makan. Biasanya saya ambil apabila rasa susah nak buang air besar, atau terasa dah makan lebih daripada biasa. Maklumlah... bila makan sedap sudah nak control. Lepas ambil sebiji malam, esoknya akan buang air besar dengan lancar dan lega sekali.

Jadam Arab bukan ubat (drug) tetapi penawar (remedy)