Sunday, May 19, 2013

Kacip Fatimah Memutihkan Kulit

Kajian sejak 2007 oleh profesor Fakulti Kejuruteraan Kimia UTM, Dr. Mohamad Roji Sarmidi dengan Profesor Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Biokimia Universiti  Dongguk, Korea Selatan,  Dr. Chan Seo Par mendapati pokok kacip fatimah berkesan memutihkan kulit di samping melambatkan penuaan.

Ekstrak bahan kimia daripada daun  kacip fatimah menghalang penghasilan melanin yang menggelapkan kulit serta memulihkan kesan radang pada kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.

"Selama ini kacip fatimah lebih dikenali sebagai penguat kesihatan wanita, tetapi hasil kajian ini adalah yang pertama direkodkan mengenai kesannya mencantikkan kulit."
- Dipetik dari buku Jom Mantop oleh Dr. HM Tuah Iskandar