Friday, July 13, 2012

Petua Makan Jadam

Cara Makan
Sifat semulajadi jadam memang pahit. Di sini saya berikan petua bagaimana nak makan jadam arab ni. Elakkan dia cair dalam mulut. Kalau cair, rasakanlah nikmatnya. Mula-mula basahkan tekak anda. Kemudian letakkan jadam ini jauh ke dalam tekak. Pastu cepat-cepat telan dengan air masak. Air mineral pun boleh.

Kesan Jadam Arab
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan kajian yang dibuat terhadap para pelanggan:
- Kesan pertama selepas makan akan dirasakan selepas, 12, 24 atau 36 jam. Ada juga yang dapat kesannya pada hari ke 5. Ini adalah mengikut sistem badan masing-masing.

- Kesannya ialah rasa nak terbuang air besar sangat-sangat. Tapi jangan bimbang. Pergi je buang, insyallah settle masalah. Lega rasanya... Tapi awas kerana anda akan buang berkali-kali. :-) Pastikan tempat kerja anda ada tandas yang tak jadi rebutan. Kalau tak nanti anda terpaksa lepas depan pintu je. Hahaha. Kalau niat nak jalan jauh, tangguh dulu makan. Kalau jalan jem nak gi kerja, tunggu hari cuti. He....

- Bila dah rasa ok, anda hanya makan ikut keperluan. Tak perlu lagi makan tiap-tiap malam.

Selamat mencuba. Saya doakan produk ini mujarab untuk anda.